Tuesday 31 March 2009

PENYERTAAN USBO KE PERHUMPUNAN PERIBUMI PERKASA AMAT BERMAKNA

1. Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah, USBO telah menyertai Perhimpunan Peribumi Perkasa pada 22 Mac, 2009 yang diadakan di Dewan Sebaguna, Komplek Sukan Tenaga Nasional Berhad, Bangsar, Kuala Lumpur.2. Seramai empat orang Ahli Majlis Tertinggi , termasuk Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said telah menyertai Perhimpunan dan Persidangan itu. Mereka ialah En. Kibin Haji Samad-Ketua Penerangan, Encik Engineer Ajin Gagah, En. Mohd Salim Gabot dan En. Musli Haji Oli.3. Perhimpunan ini disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Asmah Mohd. Ali turut hadir di Majlis itu. Tun Mahathir, dalam ucaptama perasmiannnya, memperingatkan orang Melayu dan Kaum Peribumi negara ini tentang kedudukan mereka yang mencemaskan. malah lebih mencemaskan dari menghadapi gagasan Malayan Union dahulu. Lantaran itu, Tun menegaskan bahawa mereka perlu untuk menghapuskan amalan-amalan yang merosakkan mereka.4. Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said pula menyampaikan ucapannya pada Persidangan Perhimpunan tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai perkongsian kuasa yang telah berjaya menwjudkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negara ini dan soal-soal menghormati hak-hak istemewa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang mesti dihormati tidak wajar dipersoalkan lagi.5. Satu ketetapan telah dipersetujui bersama oleh para peserta persidangan sempena Perhimpunan dan Persidangan tersebut. (Sila klik lambang PERKASA di "sidebar" kanan blog ini untuk mengetahui ketetapan tersebut).6. Salleh Tun Said menyatakan bahawa sesungguhnya penyertaan USBO dalam Perhimpunan ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi dan berharga kepada USBO dan ahli-ahli masyarakatnya. Ianya juga, menurut beliau, menunjukkan satu pengiktirafan terhadap USBO di peringkat Nasional terhadap kewujudan USBO sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan-NGO yang begiat cergas di peringkat Negeri Sabah khasnya dan Negara Malaysia amnya.


"Perhimpunan ini untuk memperingati orang Melayu dan Peribumi tentang kedudukan mereka, betapa mereka perlu hapuskan amalan yang boleh merosakkan orang Melayu dan Peribumi." -Tun Dr. Mahathir

Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Presiden USBO menyampaikan ucapan di Perhimpunan Peribumi Perkasa di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada hari Ahad 22Hb Mac 2009.

Sebahagian dari orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Peribumi Perkasa pada hari itu.

Kelihatan Presiden USBO sedang menunggu giliran untuk memberikan ucapannya di Majlis tersebut.

Sebahagian dari para Peserta Persidangan Peribumi Perkasa sedang tekun mendengar ucapan dan mengikuti ucapan melalui skren besar yang disediakan.

No comments:

Post a Comment