Sunday 26 April 2009

PENGHARGAAN DAN TAHNIAH.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA
YAB. DATO' SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK
Perdana Menteri Malaysia selaku
Presiden UMNO
Kerana telah memberi kepercayaan dan penghormatan kepada
PRESIDEN USBO
Selaku Ketua UMNO Bahagian P.169-Kota Belud DAN melantikannya sebagai
TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA
DSP. MOHD SALLEH TUN SAID
Presiden USBO
di atas perlantikan sebagai
Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
DARIPADA:
AHLI MAJLIS TERINGGI DAN AHLI-AHLI
USBO
Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah
(United Sabah Bajau Organisation)

READ MORE - PENGHARGAAN DAN TAHNIAH.

Wednesday 15 April 2009

AL FATIHAH.

AL FATIHAH



Amin, Ya Rabbul Alaamin. ----------------------------
AHLI MAJLIS TERTINGGI USBO
MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA
Dr. Haji Liddy Salun (Setiausaha Agung USBO)
dan seluruh anggota keluarganya
di atas kembalinya ayahnda beliau ke rahmatullah:
TUAN HAJI SALLUN BIN MANGKARANUN
Pada 14 Apri, 2009 bersamaan 17 Rabiulakhir 1430H.
Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama-sama
orang-orang yang mukmin.
READ MORE - AL FATIHAH.

Monday 13 April 2009

PENGUMUMAN: Menubuhkan Cawangan




Dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi USBO yang lalu, 11 April, 2009, sekali lagi dibangkitkan penubuhan cawangan baru dan memperkemaskan cawangan yang sedia wujud. Difahamkan bahawa ramai masyarakat Bajau dan rumpun USBO yang berminat untuk menubuhkan cawangan. Namun mereka tidak arif mengenai prosedur yang perlu diikuti. Oleh itu hebahan perlu dilakukan.

Sebagai panduan kepada cawangan yang hendak diwujudkan perkara berikut sewajarnya dijadikan panduan:-

Pertama: Cawangan hendaklah ditubuhkan dalam bentuk "AJK Penaja" kiranya tiada cawangan USBO yang wujud di kawasan atau cawangan berkenaan.
Kedua: Gunakan borang contoh yang dapat diakses dengan Klik bendera USBO yang terdapat di blog "side" di sebelah kanan blog ini sehingga kesemuanya dimuat turun; Klik "pdf download" yang mengandung surat-surat kebenaran, borang ahli dan "perlembagaan" pertubuhan ini.
Ketiga: "copy" borang dan "perlembagaan" ini. Sebagai panduan menubuhkan cawangan, sila rujuk seksyen-seksyen/peruntukan perlembagaan ini untuk menubuhkan cawangan. Sila patuhi peruntukan dan peraturan yang ditetapkan.
Keempat: Sila hubungi kami melalui e-mail: rangkaianusbo@yahoo.com sekiranya terdapat pertanyaan.

Kepada cawangan-cawangan yang sedia wujud, sila perkemaskan keahlian dengan menggunakan daftar keahlian yang mengandungi perkara berikut:-

Nama Cawangan:..........................
Alamat:..............................................
Daerah............................
Kawasan DUN:..................................

No. Nama Ahli: ..................No. Kad Pengenalan baru:............No.KP Lama
1. KIBIN BIN SAMAD ............591212-12-6033................... H0598296 (Contoh)
2.
3.
4.
n* (seterusnya)

Hantarkan surat menyurat anda ke e-mail: rangkaianusbo@yahoo.com atau ke alamat berikut:

Setiausaha Agung USBO,
Ibu Pejabat Persatuan Sabah Bajau Bersatu,
Tingkat 1, Lot 4, Blok D, Sadong Jaya,
88810 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
U.P. Dr. Liddy Salun.
.

Sekian Terima Kasih.
HARAP MAKLUM.
READ MORE - PENGUMUMAN: Menubuhkan Cawangan

Sunday 5 April 2009

SHAFIE, SALLEH DAN RAHIM KE BATANG AIR


Menumbuk Padi bukan sesuatu yang baru bagi Datuk Shafie.



Sebagai pemimpin-pemimpin dari Masyarakat Peribumi Sabah, Datuk Shafie Afdal, Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Rahim Ismail sudah tentu amat faham dan tidak kekok lagi dengan budaya dan cara hidup masyarakat Peribumi Sarawak.


Makanan tradisi masyarakat Peribumi Sarawak manyamai makanan Tradisi Masyarakat Peribumi Sabah. Tentunya bukan sesuatu yang asing dan baru bagi mereka.
READ MORE - SHAFIE, SALLEH DAN RAHIM KE BATANG AIR