Tuesday 19 June 2012

PUISI MELAYU


DAN APABILA KAU TIADA AKU RINDU

Bapa, mengenang mu
selepas sembilan tahun
pergi selama-lamanya
adalah aku anak
yang hanya mampu
mengenang masa
silam bersama mu
tanpa dapat
meminta ampun kerana salah silapku.
Memang kurasakan sendu
ketika kau menutup mata
tiada wasiat yang aku
kutip, tiba-tiba khabar tiba
kau sudah enggan berkata-kata
denganku.
Aduhai, alam yang menaungiku
rasakan hanya seperti
daun-daun mati
kerana kehilangan ini
yang lebih ditafakuri buana
telah terpempang di hati
pada sedipilu bertahun.
Tapi, kematian dan kehidupan
adalah kita atasnya seperti
diterbangkan angin dan senja
menghantar kita kepada suratan.
demikian kau, bapa
sehayat kasih ini tetap tumbuh
pada darah dagingku,
sampai aku yang mati.

Tetapi, kesedihan kepada
Tuhan barangkali mengirim
rindukku ini, juga cintaku
dan mudah-muahan
sampai kepadamu untuk
menjadi payung dan renjisan mawar
mendinginkan mu di suatu negeri yang jauh itu.
Juga barangkali kerinduan ini umpama
aku berkirim salam ketika kita
berjauhan masa kauada.
Kepada Tuahn aku berpesan,
jagalah bapa
ku di sana.

Yatim Ahmad
Kota
Kinabalu
By : MaWaR PuTiH

No comments:

Post a Comment